Kerja penyelidikan di Vienna - Penemuan virus polio Karl_Landsteiner

Sekembalinya beliau dari Vienna, beliau menjadi pembantu penyelidik kepada Max von Gruber di Institut Kebersihan ("Hygiene Institute"). Kajian beliau menumpukan fokus kepada mekanisme imuniti dan sifat antibodi. Dari November 1897 hingga 1908, beliau merupakan pembantu di bahagian patologi dan anatomi di Universiti Vienna di bawah pengawasan Anton Weichselbaum, di mana beliau menerbitkan 75 buah tesis yang berkaitan dengan isu-isu serologi, bakteriologi, virologi dan patologi-anatomi. Selain daripada itu, beliau telah melakukan 3,600 sesi autopsi di dalam tempoh masa 10 tahun. Weichselbaum merupakan tutor beliau untuk kelayakan ijazah kedoktoran kuliah pada tahun 1930. Dari tahun 1908 hingga 1920, beliau melaksanakan tugas sebagai seorang pembedah di Wilhelminenspital di Vienna. Pada tahun 1911, beliau merupakan professor bersekutu bahagian anatomi dan patologi. Di dalam tempoh tersebut, hasil kerjasama dengan Erwin Popper, beliau membuat penemuan tentang ciri-ciri jangkitan "poliomyelitis" dan mengasingkan virus polio. Berikutan penemuan inovatif ini (justifikasi untuk menentang penyakit polio), beliau telah dinobatkan ke dalam Dewan Kemashyuran Polio di Warm Springs, Georgia selepas kematiaannya iaitu pada Januari 1958.